Beberapa rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai sedang menjual kacang di sekitar kawasan Bandar Baru Uda, Johor, sebelum didakwa dirotan beberapa kali oleh seorang lelaki.

Rakaman berkenaan mengundang kebimbangan orang ramai yang melihat keadaan kanak-kanak tersebut, selain persoalan mengenai situasi yang dilaluinya ketika berada di kawasan berkenaan.

Video di bawah:

https://www.threads.com/@dknjffr/post/DdjDl2ek-11?xmt=AQG0z4q-0J_ya2o0CFYKkYAw-QFnfLJs8qQDsDk97lesj3PsqlsXusg5BNPWQh3L6MwuC4Dk&slof=1

Kanak-Kanak Didakwa Dirotan Ketika Jual Kacang, Orang Ramai Mula Bimbang

Menerusi perkongsian individu yang memuat naik video tersebut, kanak-kanak berkenaan didakwa dipaksa untuk berniaga sehingga lewat malam walaupun perlu hadir ke sekolah pada keesokan harinya.

Individu itu turut berharap orang ramai, khususnya di Johor, dapat mengenali kanak-kanak berkenaan dan mengambil tindakan sekiranya mengetahui perkara sebenar berhubung situasi tersebut.

Dalam salah satu rakaman terakhir yang dikongsikan, kanak-kanak itu dilihat menyeberang jalan sebelum lelaki berkenaan turut mengikutinya.

Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang berharap keadaan serta kebajikan kanak-kanak itu mendapat perhatian sewajarnya.

Kredit: Thread dknjffr

[fbcomments]