Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkongsi beberapa foto romantik bersama pasangan hidupnya Tun Dr Siti Hasmah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-64.
Menerusi Facebook rasminya, dia menyatakan bahawa dia sebenarnya malu untuk mempamerkan kisah hidupnya di khalayak umum. Namun baginya, perkara ini amat bermakna untuk diraikan selepas mereka telah berkahwin selama 64 tahun.
Foto yang diambil ketika senja hampir menjelma dengan berlatar belakangkan awan yang kemerah-merahan mendamaikan mencetuskan lagi suasana romantik paangan yang telah menceah usia 96 tahun ini.