fbpx

Ketika dunia sedang bergelut melawan wabak COVID-19, sebuah video yang menunjukkan seorang pekerja kilang di China mengelap kasut dengan stok face mask menjadi tular di media sosial.

Lebih mengejutkan lagi,  face mask yang dilap dengan kasut itu dikatakan akan dieksport ke luar negara. Menurut laporan Taiwan News, video tersebut telah dirakam pada 30 Mac 2020 oleh pekerja itu sendiri dan video ini telah dibongkarkan oleh seorang vlogger China dari Wuhan dengan menggunakan nama samaran ‘Harry Chen PhD’.

Dalam video ini, seorang pekerja dilihat mengelap kasutnya dengan face mask keluaran kilang tersebut. Lelaki tersebut turut dilihat bergelak tawa sambil mengelap kasutnya dengan face mask yang bertaburan diatas lantai.

Kilang face mask tersebut dikatakan terletak di bandar Zhenjiang, wilayah Jiangsu. Dalam video tersebut, pekerja kilang tersebut dapat didengari bercakap kepada perakam dalam dialek Zhenjiang pekat: “Dah cukup elok kah? Ini face mask untuk dieksport kan?” (Rujuk sumber)

Seperti yang kita tahu, ketika ini China sedang galak menyumbang kit ujian, face mask dan pelbagai peralatan perubatan kepada banyak negara untuk memperbaiki imej negara mereka di mata dunia. Hmmm so korang rasa?

[fbcomments]