Sebuah kenderaan Toyato Vios remuk dihempap bahan binaan yang terjatuh dari tingkat 56 bangunan pada Jumaat.

Kejadian difahamkan berlaku di Wisma Central, Jalan Ampang pada jam 8.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, objek terbabit telah jatuh daripada tingkat 56 bangunan lalu menghempap sebuah Toyota Vios yang diparkir di hadapan 7-Eleven.

Sumber: Orang Awam

Satu keping ‘staging’ daripada tingkat 56 sebuah bangunan 80 tingkat yang sedang dalam pembinaan telah terjatuh.

“Semasa kejadian, pemilik kereta berada di dalam kedai serbaneka terbabit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sumber: Orang awam

Kejadian tular di media sosial apabila beberapa keping gambar memaparkan kereta milik mangsa mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat dihempap objek terbabit.

[fbcomments]