Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan tentang seorang tentera bertangan satu yang dikenali sebagai Along berkongsi mengenai kekurangan pada dirinya dan videonya berjaya meraih tontonan sebanyak 4.4 juta.
@cahayabulan343 Alhamdulillah.. berjaya jgk pakai baju uniform tanpa dibantu ..tapi semua dah ketat sangat😁.. xlama lagi dah pencen mesti rindu nk pakai uniform ni. #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypofficial #cahayabulanoffical #fyppptoday #fypsounds #trendingtiktok #tiktokfypシ #tiktokviral #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypmalaysia #tiktokmalaysia❤️🇲🇾❤️
Pakai Uniform Tentera Dengan Hanya Satu Tangan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cahayabulan343 di aplikasi TikTok, video tersebut telah menjadi perhatian ramai kerana “abang askar” yang bernama Mohd Hazri Abdul, 40 atau lebih mesra dipanggil sebagai Along memakai uniform tentera sambil memperlihatkan keadaan dirinya yang kurang sempurna selepas mengalami kecacatan pada tangan kiri.
Katanya, beliau amat terkejut dengan sambutan yang diperoleh serta terharu kerana mendapat sokongan ramai disamping netizen turut mahu mengetahui kisah kemalangan yang menyebabkan beliau kehilangan tangannya itu.
“Tak sangka pula video ni tular sampai dapat 4 juta dan sebenarnya ramai yang tak tahu kes saya kemalangan motosikal dulu, ramai yang doa untuk saya dapatkan kesihatan baik terima kasih semua. Tapi ada juga netizen tanya kenapa saya masih pakai uniform askar lagi, sebenarnya saya masih lagi berkhidmat untuk tentera dan lagi sembilan bulan nak bersara kemudian mungkin tak boleh pakai lagi dah.
“Masa mula-mula kemalangan dulu tu dah tahu tangan tak boleh selamat, tapi saya reda dengan apa yang berlaku malah ada perasaan malu juga sampai keluar berjalan-jalan pun saya tutup tangan kiri kemudian lepas dapat nasihat doktor baru saya okay sikit,” jelasnya ketika ditemu bual.
Reaksi Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mereka ramai yang mendoakan Along agar beliau dipermudahkan segala urusan dan ada yang menitipkan ucapan semoga Along sentiasa diberi kekuatan serta kesihatan yang baik.
![]()
Kredit: TikTok cahayabulan343, mStar