Seorang wanita dikenali sebagai Najihah tampil membuat permohonan maaf susulan penularan rakaman siaran langsungnya di TikTok yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
![]()
Wanita Mohon Maaf Isu Live TikTok Didakwa Tidak Berpuasa, Akui Khilaf Diri
Video tersebut memaparkan dirinya berinteraksi bersama pengikut ketika dipercayai sedang minum air secara terbuka pada bulan Ramadan, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam.
Susulan insiden itu, Najihah telah ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 atas dakwaan menghina atau mencela agama Islam.
![]()
Menerusi satu video penjelasan yang dimuat naik pada Isnin, Najihah menjelaskan bahawa tujuan asal siaran langsung tersebut hanyalah untuk bersembang santai bersama pengikut dan tidak pernah berniat untuk memperlekehkan Ramadan atau menyinggung mana-mana pihak.
Dia mengakui ketika itu tidak berpuasa serta menyedari perbuatannya adalah satu kesilapan. Dengan nada penuh kesal, Najihah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam atas tindakannya, serta berjanji menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Kredit: TikTok ehhnajihah361998