fbpx

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Itulah yang dialami wanita ini apabila tunangnya dijemput Ilahi, 2 bulan sebelum majlis pernikahan.

Menurut wanita ini, segala persiapan perkahwinan hampir 90% siap. Tapi sayangnya, majlis tidak dapat diteruskan kerana bakal suaminya ditakdirkan meninggal dunia akibat kemalangan beberapa hari yang lalu.

Ikuti luahan hati wanita ini yang dikenali sebagai Fareesa Ismail dimana ianya telah menyentuh hati pengguna Facebook yang lain.

Takdir Allah adalah rahsia yg paling indah. Dan perancangan Allah adalah hadiah paling sempurna . Janji Allah itu…

Posted by Fareesa Ismail on Khamis, 20 Ogos 2020

Astaghfirullah . Susahnya untuk saya terima semua ni 

Tahun 2020 ni banyak sangat kenangan yang awak tinggal, suka duka, susah payah, pahit manis semua tu kita pernah lalui. Tapi sakit lagi bila saya hilang awak.

Dua bulan je lagi kita nak hidup bersama. Tapi Allah lebih sayangkan awak.

Ramai yang mengucapkan takziah dan kata-kata semangat buat gadis berkenaan agar sentiasa tabah dengan segala ujian yang teah diberikan oleh-Nya.

[fbcomments]