Siapa yang tak kenal dengan ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim. Baru-baru ini beliau ada memberitahu yang tahun ini merupakan tahun pertama dia terpaksa meraikan sambutan Aidilfitri di dalam negara sahaja.
Biasanya mereka akan bercuti
Menurut Rozita, selama bergelar ahli perniagaan, dia sekeluarga akan memanfaatkan waktu perayaan dengan pergi bercuti ke luar negara pada setiap tahun.
“Sepanjang saya bisnes, raya ketiga saya dah fly dengan keluarga saya.
“2020 ni lah pertama kali saya raya dok Malaysia nampaknya. Dah rancang berhajat nak ke Amsterdam terus ke Iceland raya ni!,” luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, Rozita turut berkongsi gambar kenangan dirinya bersama keluarga ketika bercuti di luar negara sewaktu Aidilfitri.
Bagaimanapun, tradisi keluarganya itu terpaksa dilupakan pada tahun ini akibat pelaksanaan sekatan perjalanan ke luar negara ekoran penularan wabak Covid-19.