Nampaknya pandemik Covid-19 ni benar-benar memberi kesan kepada rakyat terutamanya buat mereka yang terdiri dari golongan M40 dan B40.

Oleh itu, ramai yang berpendapat dan setuju dengan cadangan supaya kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Untuk melangsungkan kehidupan

Namun semalam, Perdana Menteri ada memberitahu bahawa kerajaan sukar untuk mempertimbangkan perkara itu.

BACA : “Keluar Akaun 1 KWSP : Akan Hadapi Masalah Lebih Besar Pada Masa Dadapan” – PM

Kenyataan tersebut nampaknya membuatkan ramai rakyat berasa kecewa. Terkini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula memberikan kenyataan supaya kerajaan mempertimbangkan semula cadangan tersebut kerana ia merupakan harapan dan hasrat rakyat yang terkesan susulan pandemik COVID-19.

Saya memohon Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat mempertimbangkan semula untuk benarkan rakyat keluarkan wang mereka dalam akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM5,000.

Rata-rata rakyat merintih dan menyampaikan keluhan dan keresahan mereka betapa perit dan sempitnya kehidupan di tengah-tengah COVID-19 yang memberi kesan langsung terhadap kelangsungan hidup ketika ini.

Kami harap kerajaan pertimbangkan dan benarkan pengeluaran beransur-ansur dan ditetapkan pada kadar maksimum RM10,000.

Menyampaikan secara rasmi kepada Menteri Kewangan

Walau bagaimanapun, beliau ada menyatakan bahawa pihaknya akan menyampaikan sendiri secara rasmi cadangan ini kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam masa terdekat.

[fbcomments]