seorang bapa ditemui maut selepas dipukul oleh bapa saudara rakan sekelas anak perempuannya sehingga tengkorak kepala mangsa hancur.

Kejadian berlaku di Rusia.

Group Whatsapp sekolah

Menurut laporan dari Mirror UK, kejadian tersebut berpunca daripada perbalahan antara mangsa dan seorang wanita di dalam Group Whatsapp sekolah anak-anak. 

Difahamkan, Group Whatsapp yang memiliki seramai 40 orang ahli dalam kalangan ibu bapa itu merupakan medium komunikasi untuk membincangkan hal kerja sekolah para pelajar.

Namun, apa yang terjadi adalahs ebaliknya dimana group tersebut telah tercetusnya perbalahan antara ibu bapa.

Memetik laporan dari Tekdeeps, para pelajar telah diberi ujian dan diminta untuk menghantar keputusan dalam tempoh beberapa jam kemudian. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mula berbincang sama ada anak mereka mempunyai masa untuk menjawab ujian tersebut ataupun tidak.

Pertengkaran berlaku

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Roman Grebenyuk juga merupakan salah seorang bapa bagi pelajar tersebut telah menawarkan diri untuk menghubungi guru dan menyetujui pertukaran tersebut.

Tetapi secara tiba-tiba seorang ibu yang dikenali dengan nama Anna telah bersikap kasar dan memulakan pertengkaran dengan Roman. Bukan sahaja Anna, malah suaminya Arsen turut masuk campur dalam perbalahan tersebut dan menghantar mesej suara kepada Roman untuk mengajaknya berjumpa.

Perbalahan antara mereka di dalam whatsapp group turut disaksikan oleh 40 ibu bapa pelajar lain dan guru kelas.

Dipukul sehingga mati

Namun, pada suatu hari ketika Roman menghadiri mesyuarat bersama rakannya di sebuah bank, secara tiba-tiba telah diserang oleh Arsen dan adik lelaki Anna iaitu Melkonyan

Roman telah dipukul berkali-kali pada bahagian kepala hingga mengalami kecederaan parah.

Difahamkan tengkorak kepalanya mengalami kecederaan yang serius sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Namun selepas dibedah, Roman berada dalam keadaan koma sebelum disahkan meninggal dunia.

[fbcomments]