Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai isu pengeluaran dari akaun 1 di mana ada pihak yang mencadangkan untuk membenarkan ahli KWSP mengeluarkan RM10,000 secara one-off.
Kami yakin rata-rata rakyat semua tidak sabar menunggu keputusan belanjawan 2021 ini sama ada permohonan pengeluaran akaun 1 itu di luluskan atau tidak.

Terkini, semasa Pembentangan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Tengku Dato’ Seri Zafrul selaku Menteri Kewangan hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran dari akaun 1.
Namun pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan bermula Januari 2021.
Menurut Tengku Zafrul, kebenaran pengeluaran dari akaun 1 ini dijangka akan memberi manfaat kepada 600,000 ahli yang terjejas ketika pandemik Covid-19.