Tular satu video di media sosial yang menyatakan sekumpulan lelaki terdiri daripada seorang Datuk terbabit dalam pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, kelmarin.

Difahamkan kesemua sukspek berusia antara 38 tahun hingga 59 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan telah diberkas kira-kira pukul 11.20 malam.

๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ข๐ญ๐š๐ก๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ ๐š๐๐ฎ๐ก ๐๐ข ๐ฉ๐ฎ๐›

๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ข๐ญ๐š๐ก๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ ๐š๐๐ฎ๐ก ๐๐ข ๐ฉ๐ฎ๐›

Kuala Lumpur: Seramai 19 lelaki ditahan termasuk seorang lelaki dipercayai berpangkat Datuk serta seorang koperal polis selepas terbabit dalam pergaduhan di sebuah pub di Jalan Puchong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di lokasi terbabit, jam 11.20 malam.

“Sepasukan anggota polis yang bergegas ke lokasi kemudian menahan 19 lelaki berusia antara 38 hingga 59 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu termasuk seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk serta seorang koperal polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada kekecohan yang tercetus selepas sekumpulan lelaki yang datang ke pub berkenaan untuk berhibur, namun premis terbabit sudah tutup.

“Seorang koperal polis yang kebetulan berada di lokasi untuk mendapatkan maklumat berkaitan satu kes kebakaran kereta di tempat itu sebelum ini cuba meleraikan kekecohan itu, namun ia bertukar menjadi pergaduhan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, Anuar berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar pergaduhan itu.

“Kejadian itu menyebabkan seorang daripada 19 suspek yang ditahan cedera di bahagian muka dipercayai akibat dipukul.

“Semua suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Terdahulu, satu hantaran berserta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 24 saat menunjukkan pergaduhan di antara sekumpulan lelaki tular di media sosial, hari ini.

Hantaran di media sosial itu juga mendakwa seorang lelaki dipercayai berpangkat Datuk memukul seorang anggota polis dalam kejadian itu.

โ–ถ๏ธHarian Metro

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, November 26, 2020

Terima panggilan dari orang awam

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Tangkapan dilakukan termasuk seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk serta seorang anggota polis berpangkat koperal dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Tidak puas hati kerana premis nak tutup

Menurut kenyataan dari Ketua Polis Daerah Brickfields lagi, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kekecohan yang tercetus selepas sekumpulan lelaki yang ke pub berkenaan untuk berhibur namun premis terbabit sudah tutup.

Katanya, anggota polis terbabit yang kebetulan berada di lokasi untuk mendapatkan maklumat berkaitan satu kes kebakaran kereta di tempat itu cuba meleraikan kekecohan tersebut namun bertukar menjadi pergaduhan.

Walau bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

[fbcomments]