Seorang pemandu wanita warga asing secara tidak sengaja telah merempuh premis kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Bandar Baru Bangi.

Kejadian berlaku pada hari Selasa, kira-kira 2.20 petang. Pemandu tersebut merupakan seorang wanita berusia 33 tahun. Menurut kenyataan dari Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan, semasa kejadian berlaku, wanita tersebut telah masuk ke dalam kereta Proton Saga bertransmisi manual lalu menghidupkan enjin.

Bagaimanapun, tanpa disedari kenderaan berkenaan masih dalam gear dan bukan free (neutral) menyebabkan ia melonjak ke hadapan dan melanggar cermin kaca kedai lalu merempuh masuk ke dalam kedai berkenaan.

Difahamkan kedai tersebut telah mengalami kerosakan cermin hadapan manakala kenderaan itu juga turut mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Walau bagaimanapun, pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan

Dalam masa yang sama Ketua Polis Daerah Kajang turut sempat menasihat pemandu agar lebih berhati-hati terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi selain berkata pengusaha stesen minyak juga mungkin perlu memikirkan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan premis kedai dirempuh kenderaan.

Posted by Damia Hanie on Tuesday, December 1, 2020

[fbcomments]