Menonton rancangan komedi dan lawak sering menjadi pilihan utama ketika duduk berkumpul beramai-ramai bersama keluarga dan anak kecil. Namun sejak kebelakangan ini, jika korang perasan para pelawak di Malaysia suka sangat buat lawak lucah malah semakin menjadi-jadi pulak, seprti tiada segan silu.
Lawak lucah? mana akal?
Begitulah juga ya g dirasai oleh seorang penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang telah meluahkan rasa dan pandangannya di lama sosial miliknya.
Beliau telah memuat naik sebuah sedutan video yang memaparkan seorang pelawak terkenal sedang ‘mengukur kelapa’ dengan gaya yang ‘over’.
Beliau turut mengulas adegan lawak ditunjukkan seakan-akan mempunyai unsur lucah yang boleh menjadi punca kepada kes-kes cabul atau ‘sexual harassment’ di luar sana.
Melawak je, apa yang lucahnya…
Tidak dinafikan ramai antara kita yang beranggapan perkara sedemikian tidak salah dan tidak lucah kerana ianya hanya sekadar lawak. Namun sedar tak kalian bahawa rancangan lawak ini turut ditonton oleh kanak-kanak dan juga para remaja?
Setiap apa yang dilihat dan ditonton itu akan menjadi ikutan. Bukan itu satu contoh tidak baik?
Dalam masa yang sama, beliau turut memuat naik satu perkongsian dari seorang guru tentang adab pelajar zaman sekarang dan bagaimana lawak-lawak lucah ini boleh sebati pada kalangan pelajar sekolah.



