Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming Kamarulzaman, meluahkan rasa tidak menyangka apabila wujud segelintir netizen yang seolah-olah menantikan kejatuhan dirinya hanya kerana satu video terbaharu dimuat naik yang hanya meraih sekitar 300,000 tontonan.

@xtra_my

Sampai macam ni sekali… kesian Khairul Aming #fyp #xtra #khairulaming #views #kejatuhan Sumber: fitzayn8

♬ original sound – XTRA – XTRA

Khairul Aming Luah Rasa Hairan, Dakwa Ada Yang Tunggu Kejatuhan Dirinya

Video yang tular di TikTok itu mencetuskan pelbagai andaian termasuk dakwaan kononnya popularitinya semakin merosot. Khairul Aming atau KA berkata, ada pihak yang terlalu cepat membuat kesimpulan hanya berdasarkan jumlah tontonan tanpa mengetahui keadaan sebenar di sebalik kandungan tersebut.

Menurutnya, video berkenaan bukanlah kandungan baharu, sebaliknya pernah dimuat naik pada Oktober tahun lalu dan ketika itu telah mencatat lebih 10 juta tontonan. Ia kemudian dimuat naik semula sebagai eksperimen bagi menguji sistem platform berkenaan.

KA menjelaskan dia hanya membuat sedikit suntingan termasuk menukar suara latar sebelum memuat naik semula video itu, bagi melihat sama ada TikTok dapat mengesan ia sebagai kandungan lama atau baharu. Ujian tersebut bertujuan menilai keupayaan algoritma TikTok dalam mengenal pasti kandungan berulang, khususnya dari segi capaian ke halaman For You Page (FYP).

Hasilnya, sistem berkenaan berjaya mengesan video itu sebagai kandungan lama, menyebabkan ia tidak mendapat capaian FYP seperti biasa.

Dalam masa sama, KA turut menyindir segelintir pengguna media sosial yang menurutnya terlalu cepat membuat andaian, termasuk mengaitkan jumlah tontonan rendah dengan dakwaan kononnya pengaruhnya semakin merosot. Dia turut menyebut ada komen yang mendakwa TikTok sudah tidak lagi relevan, selain mengatakan ramai pengguna beralih ke platform lain seperti Threads, sehingga menganggap ia sebagai tanda “kejatuhan” dirinya.

Mengulas perkara itu, KA menyifatkan semua itu sebagai spekulasi yang jauh tersasar daripada keadaan sebenar dan berlaku kerana terlalu cepat membuat andaian.

Beliau menegaskan orang ramai perlu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan, kerana perkara tersebut sebenarnya berkait dengan ujian terhadap sistem kecerdasan buatan (AI) platform itu sendiri.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut mengakui dia tidak terlalu mengejar angka tontonan dan lebih selesa membiarkan kandungan diterbitkan tanpa tekanan untuk mencapai jumlah tertentu, terutama selepas melalui tempoh sibuk ketika bulan Ramadan.

Kredit: TikTok xtra_my

 

[fbcomments]