Ratusan ikan pari terdampar di Pantai Sungai Kajang menjadi tanda tanya orang ramai selepas satu rakaman video mengenai kejadian itu tular di laman Facebook.
[VIDEO] Pari naik ke darat.
Penduduk di sekitar daerah Kuala Selangor dikejutkan dengan kehadiran ratusan ikan pari terdampar di Pantai Sungai Kajang semalam.
Posted by Kosmo Online on Saturday, January 30, 2021
Walau bagaimanapun, salah seorang pemilik akaun FB mendakwa, ikan pari itu tidak terdampar seperti yang tular di media sosial, sebaliknya adalah hasil daripada pemasangan belat (peralatan menangkap ikan).
Ini cerita semalam. Orang (nelayan) membelat (ikan pari) dapat hasil satu tan dan bukan ikan terdampar seperti yang sedia maklum.

