Seorang wanita kelahiran Malaysia membuktikan latar belakang keluarga dan pandangan orang terhadap rupa bukan penghalang untuk mencapai kejayaan apabila beliau baru-baru ini mengangkat sumpah sebagai peguam di Mahkamah Tinggi New Zealand.

Dipandang Rendah Kerana Rupa, Anak Posmen Kini Angkat Sumpah Sebagai Peguam Mahkamah Tinggi New Zealand

Lebih membanggakan, wanita berkenaan yang merupakan anak kedua daripada tujuh beradik dipercayai antara wanita Malaysia Muslim berhijab yang mencipta pencapaian tersebut dalam bidang perundangan di New Zealand. Beliau turut memiliki kelayakan double degree sebelum memulakan kerjaya sebagai peguam.

Kejayaan itu cukup bermakna buat wanita berkenaan yang membesar dalam keluarga sederhana. Bapanya mencari rezeki sebagai posmen, manakala ibunya mengambil upah menjahit bagi membantu menampung keperluan keluarga.

Sejak kecil, dia dan enam adik-beradiknya dibesarkan dalam suasana sederhana dengan bahasa Melayu menjadi bahasa pertuturan utama di rumah. Keluarganya juga mengamalkan rutin solat secara berjemaah. Selain memberi tumpuan kepada pelajaran, beliau turut membantu keluarga mencari pendapatan tambahan.

Pada hujung minggu, beliau membantu menjual kuih bersama keluarga dan bekerja sambilan sebagai pekerja housekeeping di sebuah motel. Segala usaha, disiplin dan pengorbanan yang dilaluinya akhirnya membuahkan hasil apabila beliau berjaya mencapai impian dalam bidang perundangan di luar negara.

 

Pencapaiannya turut menjadi inspirasi bahawa seseorang tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan rupa, latar belakang keluarga atau kedudukan mereka dalam kehidupan.

Kisah wanita itu juga menjadi bukti bahawa kehidupan sederhana tidak semestinya membataskan seseorang untuk mengejar impian besar, malah kejayaan yang dicapai hari ini turut menjadi kebanggaan buat ibu bapa serta enam adik-beradiknya yang menyaksikan sendiri perjalanan penuh usaha tersebut.

Kredit: Thread akramzul

[fbcomments]