Dikala kanak-kanak lain seusianya sedang sibuk menikmati keseronokan dunia kanak-kanak bermain bersama kawan-kawan, tapi berlainan pula bagi Nik Nur Muhammad Akid Najwan yang baru sahaja berusia 12 tahun ini sudah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Ini dilakukannya bagi memastikan tiga beradiknya yang lain dan ibu bapanya tidak terabai.
Menerusi laporan Sinar Harian, anak sulung itu menjaga bapanya Nik Rizuan Nik Par yang terlantar sakit, manakala si ibu Zaleha Manaf pula sedang berpantang selepas bersalin hampir tiga minggu lalu.
Kanak-kanak lelaki ini sedikit pun tidak mengeluh, malah dia sendiri sanggup tidur di sebelah katil bapanya yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ogos lalu.
Ibunya turut berkata Nik Nur Muhammad juga tidak kekok menguruskan seperti memberikan susu dan membersihkan bapanya selain menjaga adik-adik-adiknya yang lain termasuk yang kecil berusia 19hari itu.

Menurut wanita berusia 36 tahun itu lagi, mereka sekeluarga mengalami nasib tersebut selepas suaminya hilang pekerjaan pada awal tahun lalu sebelum pulang ke Kelantan bagi meneruskan kehidupan.
Sepanjang tujuh bulan suami terlantar, kami hanya bergantung kepada sedekah daripada sanak saudara untuk meneruskan hidup kerana ketika itu saya sarat mengandung, sukar untuk mencari kerja.

Bagi individu yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh hulurkan sumbangan anda ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1199 5411 00 3236 27 atas nama Zaleha Manaf.