Baru-baru ini tular satu hebahan di media sosial mengenai usaha mencari waris seorang banduan yang meninggal dunia, selepas tiada waris dikenal pasti untuk menguruskan jenazahnya.

Selepas lapan hari usaha mencari waris, pihak pengurusan jenazah menerima panggilan daripada Ustaz Rahman, Unit Agama Penjara Kampung Gajah, untuk membantu menguruskan tuntutan dan pengurusan jenazah Allahyarham Abdul Wafi bin Abdullah.

8 Hari Usaha Cari Waris, Jenazah Abdul Wafi Akhirnya Diuruskan Dengan Sempurna

Hasil semakan mendapati Allahyarham pernah membesar di sebuah rumah anak yatim di Damansara. Memandangkan tiada waris yang dapat dikenal pasti, wakil Afiz Ayub Foundation Base Kluang hadir ke IPD Kluang untuk membuat laporan serta menguruskan tuntutan jenazah sebagai wakil.

Jenazah kemudian diuruskan dengan sempurna dan disolatkan di ruang forensik sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Padang Tembak, Kluang, dan selamat dikebumikan sebelum Maghrib.

Urusan pengkebumian Allahyarham turut mendapat kerjasama Jabatan Penjara, pihak Tanah Wakaf Padang Tembakserta semua pihak yang membantu menyempurnakan tuntutan fardu kifayah tersebut.

Walaupun tiada ahli keluarga yang dikenal pasti berada di sisi Allahyarham ketika saat terakhirnya, masih ada insan yang tampil membantu memastikan urusan terakhir beliau disempurnakan dengan baik dan penuh penghormatan.

Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Wafi bin Abdullah. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa beliau, menerima segala amalannya, melapangkan kuburnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta para solihin.

Kredit: Facebook thisisjohor

 

[fbcomments]