Akaun Instagram milik pelakon Nonny Nadirah telah mencuri perhatian pengguna media sosial dan turut menimbulkan pelbagai persoalan apabila dia telah berkongsi dan memuat naik gambarnya berpakaian seksi sedangkan dia sebelum ini telah bertudung.
Menerusi video berdurasi 38 saat di Instagram itu memaparkan seorang wanita berbaju putih dengan mengenakan stokin jaring. Namun wajahnya ditutup dengan alat pelindung muka.
Hantaran itu turut disertakan dengan keterangan gambar berbunyi ‘It’s good to be back’ (bagus untuk kembali).

Terdahulu, Nonny, 32, atau sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.
Janganlah berubah kepada kehidupan yang lagha
Penampilan terklini Nonny juga turut membuatkan sahabat baiknya, Mila Jirin terkejut dengan perubahannya. Malah Mila turut berharap agar Nonny dapat mempertahankan hidayah diberikan Allah SWT dengan terus bertudung.
Nonny Nadirah diuji. Semoga dia tarik balik apa dilakukannya…

Kenyataan itu dibuat selepas Nonny memuat naik penampilannya yang terkini.
Mila juga turut mengimbau kenangan bersama Nonny ketika mereka berada di Mekah sebelum ini. Katanya, dia bersyukur melihat perjalanan Nonny mengambil keputusan untuk berhijrah (memakai tudung) selepas pulang dari menunaikan umrah ketika itu.
Dekat atas bukit Marwah tu ku cakap pada mu (kamu) cantik bertudung. Ku mohon pada Allah agar mu kekal bertudung. Alhamdulillah bila mu buat keputusan berhijrah, ku antara hamba Allah yang paling seronok.
Tapi Non (panggilan untuk Nonny), semalam aku menggigil lihat IG mu. Ku hubungi mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap. Ku sedih Non.
Non, ku mohon jangan buat perkara bercanggah dari perintah Allah. Non, ku mohon jangan sia-siakan hidayah dihadiahkan Allah. Ku mohon, lawan godaan syaitan. Ramai sayang mu Non.
Ku 100 peratus percaya itu bukan mu. Ku cakap Instagram mu kena godam. Tapi Non… luluh hatiku, sedih sangat. Ku rasa macam nak ke Sabah semalam juga jumpa dan dengar apa masalah mu.
Rezeki milik Allah. Usaha, ikhtiarlah apa jua cara selagi mana ia halal dan dapat keberkatan. Allah sedang ujimu wahai sahabat. Tolong kuat. Jangan terpedaya dengan syaitan.
Terakhir ku mohon, dengan sepenuh hati, janganlah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia-sia. Ramai sayang mu Non. Allah sayang mu.