Rumah tangga selebriti penuh kontroversi, Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju sekali lagi runtuh hanya selepas dua bulan rujuk dengan bekas suaminya.
Dalam satu perkongsian video di Instagram Anju, beliau ada menjelaskan mengapa dia nekad untuk kembali berpisah dengan suaminya. Dia juga menjelaskan segala spekulasi berkenaan posting-posting mereka yang saling berbalah sebelum ini.
Dah cuba baiki keadaan
Berhenti bertanya kepada saya, “kenapa Anju cerai?”. Saya fikir ianya sudah jelas kenapa Anju cerai. Saya cuba untuk rujuk semula, baiki segalanya tapi kadang-kadang perkara itu sudah tidak boleh. Lelaki yang waras mana, yang datang dari keluarga bertabligh, yang rasa bangga ceraikan isteri di Insta Stories? dan megah kata nak bakar barang yang ex-wife dia bagi.

Selain itu, dia turut menyentuh perihal kenyataan bekas suami yang mahu membakar barangan pemberiannya selepas mendakwa Anju meminta dia memulangkan kembali beg dan beberapa lagi barang pemberian.
Tapi hanya bakar satu itu je. Benda lain seperti telefon, duit, IG followers yang kau dapat dari aku sampai 60 ribu kau tak nak pula bakar?
Sering ugut
Anju turut memberitahu yang bekas suaminya kerap mengugut mahu menjatuhkan talak tiap kali berselisih faham sebelum ini sehingga dia tidak tahan dan mengambil keputusan untuk terus membawa haluan masing-masing.
To me, dia sangat hiprokrit. Yang duit aku kasi kau tak nak pula bakar. Aku yang lalui benda ni dan tak perlu untuk aku explain kenapa aku cerai. Sudah jelas. Kalau lelaki asyik nak ugut cerai, aku lihat je. Aku ada maruah. Aku tak terdesak lelaki. Baik aku fokus kat anak dan family aku. Kalau boleh aku nak talak tiga. Aku nak move-on dari kehidupan sebelum ini.
