Masih kah korang ingat denga pelakon Iqram Dinzly yang sering buat hal sebelum ini? Namun nampaknya sekali lagi dia didakwa cuba memesongkan akidah golongan muda. Tapi betul ke?
Kalau korang perasan, baru-baru ini Iqram ada buat live video sambil mengenakan solekan menggerunkan dan dia telah ditegur oleh seorang pemuda menerusi Bigo Live.
Namun apa yang lebih mengejutkan apabila dia diminta supaya ingat pada Tuhan tetapi Iqram membalasnya dengan kenyataan yang didakwa boleh memesongkan akidah.
Sembahlah aku, sembahlah aku!
Walaubagaimanapun, klip video itu telah mencuri perhatian pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed yang memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak melayan kerenah pelakon tersebut kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Malah beliau turut mendakwa bahawa Iqram perlu mendapatkan rawatan segera dan dikenakan tindakan undang-undang.

Kenyataan balas Iqram Dinzly
Tidak berdiam diri, nampaknya Iqram turut membidas kenyataan pendakwah tersebut dengan memberi respon tentang dakwaan tersebut dengan memuat naik ‘posting’ di Instagramnya.
Beliau menyatakan bahawa dakwaan itu tidak seharusnya dilemparkan sewenang-wenangnya tanp mengetahui perkara sebenar dan turut menyatakan hal berhubung isu tekanan atau depresi tidak perlu dibangkitkan.
Kenapa aku pula kau nak bangkitkan isu yang mungkin kau sedang stress | depression sebab pusat rawatan kau tak siapa nak lawat sebab PKP?
Chill Ah Bro! Sekiranya benar kau di jalan Allah, kau kena reda dan berserah. Bukan macam anjing menyalak alkononnya acah kau kata aku rosak akidah.