Semalam, telah tular di media sosial dan tabloid, pesanan mesra Neelofa tentang melancong ke luar negara.

Dalam hantarannya di Instagram story tersebut, dia telah memesan agar sesiapa yang berpeluang untuk melancong ke luar negara untuk enjoy sewaktu trip tersebut dan bukan membuat content di sosial media semata-mata.

“Awak berjalan mengembara untuk melihat dunia atau dunia yang melihat awak?

“Rasai dan nikmati setiap perkara yang berlaku di sekeliling anda, bukan semuanya tentang mencipta content di media sosial.

“Jangan tertipu dan puas dengan likes serta views, ia hanya memberi kepuasan kepada anda untuk sementara waktu sahaja,” katanya.

Namun, perkara itu telah disalah erti oleh sesetengah pihak. Ada yang membuat spekulasi bahawa hantaran tersebut ditujukan kepada seorang selebriti terkenal yang sedang melancong di negara beriklim sejuk.

Hari ini, bagi tidak mengeruhkan keadaan, Neelofa membuat hantaran di Instagram Story miliknya.

“Tiada niat apa-apa, tiada tuju siapa-siapa, tiada individu tertentu yang saya maksudkan.”

Sumber: Igs @neelofa

“Ada orang yang pergi atas pilihan sendiri, ada orang yang pergi atas tuntutan kerja. Kalau yang pergi sendiri, jangan salah faham. Tolong ambil gambar, video dan Instagram story. Yes, please buat semua tu. Saya akan buat benda yang sama. Untuk kenangan, tengok balik dan sebagainya”

“Cuma yang saya maksudkan, mereka yang memang pergi tujuan untuk membuat content, yang dah memang stage some scene of the content. Padahal pada ketika itu mereka berpeluang untuk enjoy, be present dan bukan banyak dengan phone.”

“Saya sebagai yang banyak berpeluang untuk travel sebelum ni, satu benda yang saya ingin ubah, adalah untuk lebih menghayati dan menghargai momen pada ketika itu, lebih daripada saya pegang phone.”

“Ini cuma pendapat saya. Kalau ada yang setuju Alhamdulillah. Kalau tidak, sudah tentu anda ada sebab yang tersendiri”

Video yang berdurasi 4 minit itu disertakan dengan sari kata di Instagram milik Neelofa sendiri.

Neelofa juga meminta pihak media agar tidak memutar belitkan kenyataannya kerana perkara tersebut hanya akan mengundang fitnah.

Sumber: Instagram @neelofa

[fbcomments]