Kecoh sejak semalam apabila sebuah video telah tular di media sosial yang menunjukkan pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz berada di kelab malam.
Dari video yang dimuat naik mStar itu, kelihatan Aliff sedang menikmati minuman sambil mendengar muzik yang dipasang di kelab malam itu.
Dia juga dilihat bersama seorang wanita misteri yang menjadi tanda-tanya netizen.
@mstarmalaysia Wahhh, Aliff Aziz tengah shooting drama ke tu? #BeritaDiTikTok #mStar ♬ original sound – mStar Official
Video tersebut telah diterima mStar pada malam Ahad dan menerusi informasi yang diterima, rakaman tersebut dirakam di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara sekitar jam 5 pagi.
Rakan tampil beri penjelasan.
Shahidan Izwan yang merupakan rakan artis dan juga pelakon telah tampil mempertahankan artis dari Singapura itu.
Melalui laporan mStar, Izwan, 26 berkata video berdurasi seminit itu dirakam ketika mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.
“Kami ada penggambaran untuk drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang bakal bersiaran 27 Januari nanti. Kawasan penggambaran itu bukan seperti yang dikatakan (Kelab malam).. ia di Setapak dan masa penggambaran juga sekitar jam 8 malam hingga 4 pagi.”
Siapa wanita itu?
Izwan memberitahu individu itu bukanlah heroin drama berkenaan sebaliknya hanya pelakon tambahan.
Izwan juga ada mempertahankan Aliff Aziz di instagram story miliknya.


Tambahnya lagi, minuman yang berada di dalam gelas dipegang Aliff adalah air berkarbonat dan bukanlah alkohol seperti didakwa.
Keterangan dari Shahidan Izwan melegakan banyak pihak terutama sekali para peminat Aliff. Ramai yang menyangka suami kepada Bella Astilah ini kembali buat perangai seperti sebelum ini.
Sumber: mStar, Instagram Shahidan Izwan