Isu kekeluargaan melibatkan pempengaruh Prince Syed, atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga mentua kembali menjadi perhatian selepas prosiding di Mahkamah Majistret Klang baru-baru ini.
Dalam prosiding berkenaan, beliau dilaporkan telah mengesahkan penarikan semula laporan polis terhadap tiga individu iaitu Ishak Saif (60), Aminah Haniffa (56) dan Muhammad Ikhwa Alif Ishak (23).
![]()
Mohon Maaf Tidak Berjawab, Keluarga Mentua Luah Rindu 7 Bulan Tak Jumpa
Perkembangan itu turut disusuli reaksi ahli keluarga mentua yang hadir di mahkamah. Ishak Saif yang merupakan bapa kepada Fatin Syawani meluahkan penghargaan kepada menantunya atas keputusan menarik semula kes tersebut, namun dalam masa sama menyatakan rasa rindu kerana sudah lama tidak bertemu dengan anak serta cucu-cucunya sejak sekitar bulan November lalu.
“Dari bulan 11, makcik tak dapat jumpa dia (Fatin)… Suara dia pun makcik tak dengar”, katanya.
Dalam masa yang sama, pasangan tersebut dilaporkan cuba mendekati serta memohon maaf kepada pihak Prince Syed ketika berada di kawasan mahkamah. Bagaimanapun, mereka mendakwa tidak menerima sebarang respons apabila pihak berkenaan tidak memberikan reaksi terhadap permintaan maaf tersebut.
![]()
“Pakcik nak minta maaf, tapi dia tak pandang langsung…Takkan nak bersujud”, ujar mereka.
Aminah bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak pernah memutuskan hubungan dengan anak perempuannya itu dan masih menganggap Fatin sebagai anak dunia akhirat. Katanya lagi, walaupun berlaku konflik, hubungan kekeluargaan tetap kekal dan beliau telah memaafkan segala yang terjadi.
Kes berkenaan sebelum ini mendapat perhatian umum selepas ia tular di media sosial, sebelum kembali menjadi bualan selepas prosiding terbaharu di mahkamah.
Kredit: Harian Metro