Pelakon dan usahawan cantik Mawar Rashid mengumumkan dia dan suami, Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Mawar telah berkongsi di akaun Instagramnya @mawarashid momen di acara gender reveal yang diadakan sebelum ini.
Dalam video tersebut, Mawar dilihat mendukung anak lelakinya sebelum kanak-kanak itu meletupkan belon yang berisi belon kecil berwarna merah jambu.
Anak-anak pelakon tersebut terilihat bersorak teruja apabila mengetahui jantina adik bongsu yang bakal dilahirkan itu.
Suaminya Raf yang juga merupakan adik kepada cef selebriti Fazley Yaakob, turut menunjukkan riak teruja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan pengumuman tersebut.

September lalu, Mawar mengumumkan dirinya sedang hamil lima bulan. Katanya kehamilan ketiga ini agak mencabar kerana dia mengalami alahan yang teruk.

Mawar dan Raf berkahwin pada 9 November 2017 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.
Sumber:Instagram Mawar Rashid dan Raf Yaakob