Bekas tunang pelakon seksi Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Ezley meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan aktres tersebut yang telah membuka cerita mengenai dirinya kepada umum.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, Khazrul dilihat meluahkan perasaannya kepada umum melalui TikTok storynya.

Dalam video tersebut, Khazrul mengulas mengenai isu bekas isterinya yang dikatakan berpenampilan seksi dan meminta Anju mencermin dirinya sendiri.

“Aku tak perlukan publisiti murahan ye. Kau tolong sabar sikit benda ni orang cucuk kau. Kau sendiri yang mengadu kat netizen. Gunakan akal lah. Tak payah nak cerita benda dalam kain pada umum.
“Kau kata bekas isteri aku seksi, seksi ke babe? Okay tak mengapa seksi. Cuba kau tengok diri kau sendiri, cuba google tengok gambar kau sendiri. Kat situ pun ku tahu macam mana,” katanya.

Khazrul memesan untuk tidak melibatkan bekas isterinya dalam isu mereka.

“Past is past.. Bekas isteri aku ni, kau tolong jangan sebut. Bagi diorang kehidupan diorang sendiri.Okay? Diorang pun tak nak campur hal kita.”

Khazrul memesan Anju untuk berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa kenyetaan mengenai hubungan mereka. Dia juga seolah-olah buntu apabila usahanya untuk membaiki hubungan mereka tidak disambut baik pelakon tersebut.

Cuba lah kau rileks, bertenang. Aku dah mesej, telefon tapi kau tak balas, tak jawab. Aku rasa tak dihargai jadi aku diam lah. Tapi kau sebok membebel suruh jumpa keluarga.
“Dengan keadaan kau macam ini macam mana aku nak jumpa, macam mana kita nak bimcang. Aku sendiri dah minta izin dengan daddy nak jumpa kau, minta aturkan. Kau boleh sabar tak?
“Kau jangan lah buat video-video meroyan macam ini, tolong lah jaga maruah sendiri, jaga maruah diri aku. Aku belum kahwin dengan kau, baru je tunang,” jelasnya lagi.
@afieragoes Tak habis lagi lah 😂🤣 #zarinaanjoulie ♬ original sound – Afierariana Agoes

Khazrul jelas memohon agar masalah dia dan Anju dapat diselesaikan secara matang dan melibatkan keluarga mereka sahaja.

Sumber: TikTok @afieragoes

[fbcomments]