Menurut laporan Xtra, selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar mencadangkan Hafidz menjalani rawatan dan mendapatkan laporan kesihatan di Hospital Bahagia, peguamnya, Datuk Akbardin Abdul Kader bagaimanapun membantah keputusan tersebut atas alasan anak guamnya hanya mengalami depresi dan bipolar, dan ia bukanlah satu masalah yang serius.

Justeru, Mahkamah Majistret membenarkan pelakon Hafidz Roshdi,29 diikat jamin sebanyak RM 4,000 dengan tiga syarat tambahan iaitu, mendapatkan rawatan dan laporan kesihatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, selain dilarang menggangu mangsa (Nurul Shuhada) dan menyerahkan passport kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai.

Sebelum ini Hafidz mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu.

Sementara itu, pelakon Sharnaaz Ahmad ada menitipkan pesanan buat pemuda itu.

“Sahabat, dunia ini kadang-kadang pelik. Allah tengah uji awak dan keluarga. Stay strong buat awak dan isteri.”

“Cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana-mana yang longgar dan silap. You can get through this brother.”

Minta netizen tidak mencurah minyak di api

Sharnaaz juga mengingatkan pengikutnya untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan menjadi batu api. Sebaliknya Sharnaaz meminta mendoakan dia kembali sihat dan Shuhada dapat mencapai kebahagiannya tersendiri meskipun bukan bersama Hafidz.

“2.1 juta yang follow aku ni, tolonglah jangan mencurah minyak pada api. Smoga dia kembali sihat dan isterinya kembali mencari kebahagiaan meskipun bukan bersama dia.”

“Cuba ambil yang positif. Tak cukup ke negatif dalam harian kita?”

Sumber: Xtra dan Instagram

[fbcomments]