Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim, menegaskan tidak akan membuat pemohonan maaf atas video yang dimuat naik sebelum ini yang dikatakan seolah-olah menyindir golongan B40.

Ryzal yang mengendalikan saluran Durian Kimchi bersama isterinya iaitu Maryam You Narae berkata tujuan video itu dibuat untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat.

“Sebelum ini, saya pernah tekankan bahawa saya tak perlu mohon maaf sebab saya tak bersalah. Saya bukan hina mereka, saya beri kesedaran.”

Itu realiti, bukan penghinaan

Video tersebut menunjukkan kehidupan hariannya sebagai golangan B40. Namun, ianya menimbulkan kontroversi apabila konten video tersebut menunjukkan dia berbelanja barangan mewah seperti golongan T20.

“Ia memang berlaku dalam kehidupan kita dan bukanlah satu penghinaan. Niat saya adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai,”

Namun begitu,Ryzal menganggap mungkin gurauannya terlalu dalam sehingga gagal difahami segelintir orang. Ryzal juga berkata akan lebih berhati-hati dalam memuat naik konten di media sosial.

Sekadar info, Ryzal dan isteri, Maryam turut tercalon dalam ABPBH35 menerusi kategori Content Creator Popular.

Sumber: Harian Metro

[fbcomments]