Sebelum ini tular video seorang lelaki yang dikenali sebagai Zaki Jinggo berasal dari Kuantan mengakui pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan penyanyi, Syura Badron suatu ketika dahulu.

Syura akhirnya dapat juga bertemu dengan peminatnya istimewanya itu selepas 23 tahun. Dia mengakui berasa gembira dan teruja dapat bertemu peminat seperti Zaki.

“Dia seorang insan istimewa, jadi saya layan dia sebaiknya. Kebetulan saya terlibat dengan sebuah acara di Kuantan, jadi saya cuba mencarinya untuk kami luangkan masa bersama,”ujarnya.

Syura memaklumkan, dia masih mengingati peristiwa memegang bahu lelaki tersebut ketika membuat persembahan sekitar tahun 2000. Malah, Zaki yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) masih menyimpan gambar-gambar lama mereka.

“Saya tak sangka dia boleh cerita semula apa yang berlaku sebelum ini. Ketika itu saya sentuh bahunya dan secara berseloroh meluahkan rasa suka kepadanya tetapi dia tolak ‘cinta’ saya.”

“Dia juga masih simpan gambar-gambar lama saya dan tunjukkannya semasa pertemuan kami Sabtu lalu.”

Syura berusaha untuk memanfaatkan masa bersama sebaik mungkin kerana menganggap Zaki peminat setianya. Penyanyi itu juga menghadiahkan sepasang baju sebagai kenangan buat Zaki.

Sekadar info, Zaki pernah tular di media sosial apabila membat pendedahan menolak cinta Syura. Penyanyi Nazam Berkasih itu telah menjelaskan da tidak mengenali Zaki secara dekat sebaliknya hanya bertemu Zaki dalam acara persembahan.

Sumber: mStar

[fbcomments]