Kebanyakan geng-geng abang rider kini sering muncul dengan saiz motosikal yang agak besar jika dibandingkan dengan saiz motosikal anak muda. Ianya tidaklah menjadi isu jika tidak memberi kesan buruk kepada sesiapa.

Namun, baru-baru ini kecoh tentang satu posting yang dimuatnaik Zahedy Zakariah di laman Facebook berkenaan seorang penunggang motor berkuasa tinggi bertindak berang apabila pemilik kedai memintanya untuk mengalihkan motosikal beliau yang menghalang kedai. Paling tidak disangka, kata-kata yang dikeluarkan oleh abang rider tersebut berbaur negatif dan tidak baik.

Doakan Kedai Bankrap, Siap Ugut Nak Tumbuk Pemilik Kedai

“Datang ke Johor pergi ke Muar nak makan sate parking motor atas kaki lima kedai, menghalang orang nak niaga, bila minta alihkan motor nak berang dan nak tumbok orang pula, tak puas hati, cari pasal, tak takut dengan polis”, menurut kapsyen yang ditulis oleh pemilik posting rakaman tersebut.

Bukan itu sahaja, penunggang motor berkuasa tinggi terbabit juga bertindak untuk viralkan kedai itu dengan merakam sekeliling kedai, mengambil nombor plat kereta tuan kedai sambil mengeluarkan kata-kata kesat yang dilemparkan.

Pembuli, Provokasi, Datang Dengan Contoh Yang Tidak Baik

Berdasarkan perakam kejadian ini, selepas polis tiba untuk mendapatkan keterangan, ada sesetengah pihak dari geng abang rider tersebut mahu membuat provokasi berterusan punca masih tidak berpuas hati.

Namun, difahamkan hanya 2 orang sahaja yang bersikap berang manakala ahli yang lain tidak melakukan sebarang masalah.

Zahedy juga mengatakan bahawa penunggang itu tiada rasa bersalah, sebaliknya bertindak mengugut mahu menumbuknya dan melakukan provokasi sambil merakam situasi kejadian.

Datang Tempat Orang Jangan Buat Hal

Melihat dari sudut pandangan netizen yang memberi komen pada posting tersebut, mereka memberi 2 jenis pendapat yang berbeza dimana ada yang membela nasib tuan kedai, dan ada juga yang menyokong abang rider berkenaan.

Kredit: Facebook Zahedy Zakariah

[fbcomments]