Baru-baru ini kecoh satu isu berkenaan tindakan seorang artis yang baru sahaja berkahwin iaitu Janna Nick, yang mengundang Ustaz Wadi untuk sesi pembacaan doa di majlis nya.
Ianya menjadi isu apabila majlis tersebut kelihatan kurang sopan di mata ustaz terbabit kerana terlalu mengikut gaya orang luar negara.

Niat Mahu Keberkatan Majlis Perkahwinan Sahaja
“Tujuan saya menjemput ustaz ke majlis adalah kerana pada malam sebelum hari pernikahan, kami adakan bacaan doa selamat dan Yasin. Malam itu juga dia ada menyampaikan ceramah bertajuk Memimpin Isi Rumah Ke Syurga'”, ulas Janna Nick memberitahu tujuan asal beliau menjemput Ustaz Wadi.
“Saya undang dia ke majlis perkahwinan sekali dan tak tahu dalam islam ini orang dah jemput wajib datang. Apa-apa pun saya minta maaf.. saya sedar itu kelalaian dan kesilapan saya, yang mana majlis itu tidak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi”, tambahnya lagi.
“Niat saya cuma memohon keberkatan meminta seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya untuk mendoakan perkahwinan saya”, katanya kepada media.

Sudah Mohon Maaf Secara Peribadi
Menurut Janna, beliau sudah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi susulan dia enggan lagi mengulas isu yang sama kerana tidak mahu memanjangkan isu yang hangat dipertengahkan.
“Saya sebagai orang yang cetek ilmunya ini sangat menghormati mereka, saya rasa diri ini sangat hina jika dibandingkan dengan mereka”. Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi. Kalau dia sudah maafkan saya harap semua boleh hentikan isu ini”, ulasnya.
Majlis Turut Didatangi Artis Luar Negara
Baim Wong adalah salah satu rakan artis Janna di Indonesia yang telah menjadi salah satu kejutan yang sangat bermakna buat pasangan pengantin baru ini kerana mereka bertiga pernah berlakon dalam satu drama yang bertajuk Bukan Cinta Aku.
Kredit: Instagram Hlive