Hari ini, satu lagi berita sebak yang telah mengalir di laman media iaitu bapa mentua kepada pelakon, Azhar Sulaiman telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam kapal terbang akibat serangan jantung.

Arwah yang dikenali sebagai Datuk Pahamin Ab Rajab ini juga merupakan bekas pengerusi Air Asia Berhad dan khabar duka beliau telah dimaklumkan oleh menantunya Azhar Sulaiman menerusi hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, pagi Ahad ini.

Meninggal Dunia Ketika Penerbangan Ke London

“Dukacita saya nak maklumkan bapa mentua saya Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia. Dia baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan dan sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya Rees ada kat London”, jelas Azhar dalam video yang dimuat naik.

Mahu Hadiri Graduasi Anak

Menurut Azhar lagi, arwah terbang ke London untuk menghadiri hari graduasi anak lelakinya. “Pergi London sebab nak hadiri majlis graduasi anak lelaki saya di sana, tapi tidak jadilah. Minta semua hadiahkan al-fatihah untuk arwah. Semoga Allah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman”, ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua ahli keluarga akan terbang ke London pada Isnin. Meninjau di ruangan komen Instagram miliknya, rata-rata rakan artis turut membanjiri dengan ucapan kata takziah yang tidak terhenti.

Kredit: Mstar, Oh Bulan!

[fbcomments]