Semalam, seorang warga emas bersama anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Muar, Johor atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di dalam sebuah kereta enam tahun lalu yang dipercayai berlaku di Kluang, Johor.
Berdasarkan sumber Astro Awani, tertuduh yang berumur 77 tahun tampil berkerusi roda bersama anaknya yang berusia 21 tahun itu disabitkan tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Rogol Orang Yang Sama Selang Sejam
Kejadian yang dikatakan berlaku pada 25 Mei 2017, dimana individu lelaki ini yang bekerja sebagai penghantar barang disyak merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun di Jalan Kinabalu, Kluang, Johor.
Manakala warga emas terbabit yang merupakan bapa tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama selang sejam di kawasan lapang di Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang pada pukul 6 petang di dalam kereta pada hari yang sama berlaku dengan perbuatan terkutuk anaknya itu.
“Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan”, menurut laporan polis.
Meninjau di ruangan komen Twitter milik @mynewshub, kesemua netizen jijik dengan perbuatan terkutuk yang dibuat oleh anak beranak ini.


Kredit: Astro Awani, Mynewshub