Baru-baru ini tular di laman Facebook dan TikTok berkenaan sebuah video yang memaparkan TikTokers membuat kerja gila dan jijik dengan membuat challenge menyapu wajah mereka dengan menggunakan air dari lubang tandas jenis cangkung.

Demi meraih tontonan yang tinggi serta gift, mereka ini sanggup menggadaikan maruah dengan membuat kelakuan di luar jangkaan sehingga mengaibkan diri sendiri.

Sanggup Buat Kerja Jijik Demi Wang

“Dia buat sesuatu cabaran, yang nampak dia lagi ekstrem lah. Aku ingat aku lagi susah bang, rupanya ada orang lagi susah sampai mengemis air kencing letak kat muka bang”, kata seorang pemuda bernama @AdamBelacak di TikTok yang menegur perbuatan jijik tersebut.

“Air jamban tu bukan sahaja kotor tetapi ‘tempat tinggal’ syaitan. itu baru berdepan manusia dah macam-macam yang sanggup dilakukan demi dapatkan wang, belum lagi berdepan dengan Dajjal”, tulisnya lagi di laman Facebook.

Sejenis Laparkan Perhatian

“Jangan buat game ini macam, nanti generasi yang budak-budak ni akan tengok ‘Eh kenapa aku buat tak boleh? Akak-akak buat boleh, abang-abang buat boleh. Dapat duit”, ujarnya lagi sambil memberi nasihat demi generasi akan datang yang takut akan terikut-ikut dengan budaya remaja zaman sekarang.

“Walaupun terdesak macam mana kita kena ada jati diri, nanti orang akan tengok”, tambahnya lagi.

Loya Tekak Netizen Tengok

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pemuda ini dan mengetegahkan isu berkenaan ke laman sosial yang lain agar tidak dipandang rendah dan tidak dijadikan contoh pada generasi akan datang.

Kredit: TikTok ADAMBELACAK, Facebook Komandan Marco

[fbcomments]