Ibu mengandung ini sering mempunyai rasa ngidam mereka yang tersendiri, tidak kiralah dari segi pemakanan atau pun segala jenis yang lain. Namun, terdapat satu video tular di laman TikTok yang dimuat naik oleh @MuhammadZahiruddin yang memaparkan seorang wanita hamil mengidam untuk membawa motor jenis RXZ dan telah mengundang tawa orang ramai.
Gembira Dapat Tunggang RXZ
Lelaki yang merakam video ini juga merupakan abang kepada wanita berkenaan dengan berlapang dada melayan karenah adiknya itu. Mengidam punya pasal, semua ahli keluarga terhibur melihat gelagatnya yang teruja untuk menunggang RXZ tersebut.
“Lagi 3 minggu nak bersalin.. Mengidam nak bawa motor.. Pelik je adik aku ni”, kapsyen ringkas yang ditulis oleh abangnya.
Tak Cukup Satu Round, Dia Tambah Lagi Seround
Menurut kapsyen yang ditulis oleh abangnya di hantaran video seterusnya, beliau mengatakan bahawa adiknya itu tidak puas menunggang motor satu pusingan saja, jadi wanita tersebut bertindak untuk menambah lagi satu pusingan demi hasrat mengidamnya untuk menunggang RXZ tercapai.
Mesti Anak Dalam Perut Happy Dapat Naik Motor Awal
Meninjau di ruangan komen yang disediakan, rata-rata mereka terhibur dengan gelagat wanita hamil tersebut. Kebiasaannya wanita yang hamil akan mengidamkan untuk makan sesuatu yang enak ataupun di luar jangkaan. Tetapi kali ini, betul-betul terjadi yang lebih dari luar jangkaan dari mereka sangkaan.



Kredit: TikTok Muhammad Zahiruddin