Baru-baru ini tular di laman Facebook berkenaan seorang ibu yang meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap sebuah klinik kesihatan yang menyebabkan pemergian anaknya yang tersayang. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Bentong dan perkara tersebut dimuat naik oleh @Erma Iswani telah mewujudkan rasa geram pada netizen.
Erma menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 12 Julai yang lepas selepas anaknya yang berumur dua tahun enam bulan, yang juga berstatus orang kelainan upaya (OKU) telah mengalami cirit birit berpanjangan sehingga mangsa meninggal dunia pada pagi kelmarin.

Anak Cirit Birit Sebanyak 21 Kali Tetapi Doktor Tak Berikan Rawatan Yang Sewajarnya
Menurut hantaran yang ditulis oleh Erma, beliau mendakwa bahawa anaknya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya apabila anaknya telah mengalami cirit birit berpanjangan sehingga 21 kali. Namun, klinik kesihatan hanya bertindak dengan memberikan tiga bungkus air garam ketika beliau ke klinik terbabit.
“Saya rasa agak risau kerana mata anak saya sudah mula kelihatan tenggelam dan sedikir kecewa kerana saya mengharapkan klinik itu mengarahkannya untuk pergi ke hospital ataupun melakukan pemeriksaan darah, tetapi tiada. Saya juga lihat kaki anak saya kemerahan berbintik sambil berfikir “takkan la doktor tu tak nampak kaki anak saya”, jelas beliau yang menulis panjang di hantaran tersebut.
Bacaan Darah Putih Terlalu Tinggi
Selepas kecewa dengan klinik kesihatan biasa, Erma bertindak untuk membawa anaknya ke sebuah klinik swasta. Berdasarkan ayat yang beliau tuliskan, ia didapati bahawa bacaan darah putih anaknya itu terlalu tinggi dan telah menyebabkan anaknya sudah lagi tidak aktif selepas diperiksa secara menyeluruh dan melakukan ujian darah di klinik swasta berkenaan.
Beliau turut menambah apabila dibawa ke Hospital Bentong anaknya sudah tidak sedarkan diri, dan ditidurkan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Termerloh. Walaupun begitu, ananya semakin kritikal selepas lima hari rawatan.
Anak kepada Erma ini telah menghembuskan nafas terkahir pada 17 Julai pada 9.34 pagi dan punca kematian masih dalam siasatan.
Kredit: Facebook Erma Iswani