Sejak kebelakangan ini, isu pembantu rumah lari dari rumah majikan bagai sudah menjadi kebiasaan buat mereka. Baru-baru ini tular di laman Twitter berkenaan tentang seorang amah atau bibik yang meminta seorang pemandu Eh-Hailing dari Grab untuk bantunya melarikan diri kerana dia mendakwa dirinya didera oleh majikan.

Menangis Merayu Tolong Bawa keluar Dari Rumah Majikan

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik oleh Mohd Faizul Rizam, beliau menulis di laman Facebooknya dengan mengatakan seorang perempuan berlari sambil menangis merayu dalam keadaan ketakutan kerana trauma kena pukul tak di beri makan oleh majikan.

“Tengah drive tiba-tiba seorang perempuan warga Indonesia baru sampai 2 minggu bekerja di Johor sebagai pembantu rumah berlari di tepi jalan sambil menangis menahan merayu minta tolong bawa keluar dari kawasan rumah majikan dalam keadaan ketakutan trauma kena pukul tak di bagi makan”, tulisnya.

Rupanya Bawa Lari Duit Majikan

Namun, baru-baru ini pihak polis telah menafikan dakwaan bibik wanita tersebut yang mengatakan dirinya didera majikan sehingga terpaksa melarikan diri untuk memohon bantuan.

Berdasarkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Aisten Komisioner Raub Selamat, beliau menyatakan hasil siasatan yang dibuat oleh pihaknya mendapati bahawa wanita Indonesia yang berusia 30-an itu sebenarnya telah melarikan diri dari rumah majikannya dengan membawa pelbagai barangan milik majikan beserta wang tunai.

“Pada 10.48 malam (Selasa), polis menerima laporan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun memaklumkan pembantu rumahnya, seorang wanita warga asing melarikan diri bersama barangan berharga dan wang tunai miliknya, keseluruhan bernilai RM10,850. Pembantu rumah itu didakwa melarikan diri dari rumah majikannya pasa 11.21 pagi, Isnin”, jelasnya.

Tidak Tahu Nama Dan Alamat Agensi Amah Tersebut

Pihak KJRI Johor Bahru juga mengesahkan mereka ada menerima kehadiran bibik berkenaan pada jam 12.30 tengah hari Isnin. Konsul Bahagian Penerangan dan Sosial Budaya KJRI Johor Bahru, Rizali Noor berkata, wanita tersebut difahamkan tiba di Malaysia pada 15 Jun lalu, namun tidak mengetahui nama serta alamat majikan atau agensi yang terbabit. “Dia mengaku bekerja selama dua minggu dan diseksa majikan sebelum bertindak melarikan diri dari rumah majikannya kelmarin”, ujarnya.

Pihak KJRI juga memaklumkan sudah melakukan proses untuk menghantar wanita itu pulang manakala pihak polis mengesahkan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Kredit: Twitter Mynewshub, Harian Metro

[fbcomments]