Khamis, semalam terjadinya satu tragedi yang menyayat hati apabila seorang lelaki yang sepatutnya bertunang pada keesokan harinya (hari ini) maut akibat kemalangan. Kejadian yang dipercayai berlaku di KM 20.7 Lebuhraya Utara malam tadi telah meragut nyawa seorang lelaki, manakala seorang lagi sedang dirawat di hospital.

Hasrat Bertunang Khairulnizam, Nurul Syifa Tidak Tercapai

“Mereka sepatutnya melangsungkan pertunangan esok tetapi bakal tunang anak saudara saya meninggal dunia dalam kemalangan malam tadi”, kata Amri iaitu bapa saudara kepada Nurul Syifa yang terselamat dalam kemalangan semalam.

Menurut sumber yang dipetik dari Berita Harian, kemalangan tersebut terjadi apabila pikap Toyota Hilux yang dinaiki Khairulnizam dan Syifa dipercayai terbabas ke kiri sebelum terlanggar pokok dan terbalik. Bapa saudara Syifa juga tidak menyangka ketika itu mangsa bersama anak saudaranya yang juga anak kepada kakak sulungnya.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Pulau Pinang kerana Nurul Syifa bekerja di sana untuk pulang ke rumahnya di Kampung Penia, Mukim Malau, di sini. Saya juga difahamkan mereka singgah makan sebelum pulang ke rumah dan ketika kejadian hujan lebat”, jelas Amri kepada media Berita Harian.

Segala Persiapan Sudah Dibuat Tetapi Harus Reda

“Segala persiapan untuk majlis pertunangan esok sudah dibuat tetapi tak sangka kejadian ini berlaku, namun kami sekeluarga reda”, jelasnya lagi yang menyifatkan arwah Mohd Khairulnizam sebagai seorang yang baik.

Bakal tunang kepada arwah iaitu Nurul Syifa kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana dimaklumkan beliau patah paha kanan serta luka di bibir dan telinga.

Khairulnizam Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan memaklumkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa memandu dari Pulau Pinang menghala ke Changlun. Menurut beliau, namun sebaik tiba di tempat kejadian pemandu yang ketika itu sedang bergerak terus di lorong konan secara tiba-tiba hilang kawalan dan menyebabkan Hilux yang dinaiki terbabas ke kiri lalu terlanggar beberapa batang pokok dan terbalik.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa iaitu penumpang hadapan dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan”, jelasnya lagi.

Mayat akan dibawa ke Forensik Hospital Jitrah untuk dibedah siasat.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]