Ibu kepada pempengaruh dan juga tunang kepada Shila Amzah, iaitu Ubai telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.45 petang, Ahad.

Berada Di Sisi Ibu Saat Terakhir

“Mak saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang tadi (semalam). Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan untuk Ubai tapi Ubai redha. Terima kasih mak, sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, untuk Ubai minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-beradik semua”, luah Ubai di laman Instagram nya untuk berkongsi berita sedih itu kepada rakyat Malaysia.

Lagi Seminggu Je Mak..

Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh Shila Amzah pula, beliau mengatakan bahawa lagi seminggu sahaja majlis perkahwinannya bersama bakal suami. Namun, tuhan lagi sayangkan bakal ibu mentuanya dengan mengambil nyawa terlebih dahulu agar tidak merasai sakit kanser yang dialaminya.

“Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha. Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kpeada semua yang sayangkan mak. Selamat pergi ke negeri Abadi”, tulis Shila di ruangan Instagram miliknya.

Terdahulu, Shila dan Ubai tidak mengumumkan tarikh perkahwinannya secara rasmi kerana mahu menunggu ibu kepada Ubai untuk keluar dari hospital dan meraikan hari bahgia bersama. Namun pada Ahad semalam, ibunya telah meninggal dunia disisi keluarga tersayang.

Kredit: Instagram shahilaamzah, ubaimz

[fbcomments]