Setiap manusia mempunyai cita-cita dan pekerjaan yang diingini apabila sudah dewasa. Namun, tidak bagi seorang pemuda yang berusia 20 tahun ini. Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan beliau yang mesra disapa sebagai Wan memuat naik video tentang disebalik usahanya bekerja keras, ada keluarga yang harus beliau sara demi menggantikan tanggungjawab seorang ayah.

Ganti Tanggungjawab Seorang Ayah

“Disebalik kerja keras, ada anak laki-laki yang kuat demi menggantikan tanggungjawab seorang ayah. Demi melihat adik-adik membesar dengan penuh kasih sayang”, tulisnya dalam video yang dikongsikan di laman TikTok miliknya.

Berdasarkan isi video tersebut, ia kelihatan Wan bersama keluarganya yang terdiri daripada 3 orang adik-beradik perempuan dan ibunya sedang menikmati ayam goreng di sebuah restoran makanan segera terkenal dan meluangkan masa bersama.

Hampir Dua Tahun Kerja Sebagai Pengutip Sampah

Menurut sumber yang dilihat dari Mstar, pemuda ini difahamkan sudah hampir dua tahun bekerja sebagai pengutip sampah di syarikat Alam Flora, Kuantan, Pahang.

“Sebenarnya sejak usia 14 tahun lagi saya sudah mula bekerja, iaitu sebaik sahaja habis tingkatan dua. Apa yang mendorong untuk saya bekerja adalah kerana mahu membantu ibu. Bapa saya masih ada namun saya kurang selesa untuk berkongsi mengenainya. Memadai saya katakan, saya ambil keputusan untuk bekerja kerana mahu membantu ibu yang bekerja sebagai pengasuh”, jelas beliau ketika ditemu ramah Mstar.

Berhenti Sekolah Demi Bantu Keluarga

“Ketika saya suarakan hasrat untuk berhenti sekolah, ibu macam keberatan. Ibu mana yang mahu anaknya tak berpendidikan tinggi. Tapi akhirnya ibu akur dengan keputusan saya. Biarlah saya yang bekerja kerana saya anak lelaki sulung. Masih ada tiga adik di bawah tanggungan saya”, jelasnya lagi.

Wan juga menceritakan kakaknya turut mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi sara keluarga bersama. “Kakak saya berhenti sekolah ketika di tingkatan empat. Waktu dia nak berhenti saya halang sebab tinggal setahun saja lagi nak habis tapi dia pun nekad nak bantu keluarga”, katanya.

Pekerjaan yang dipilih oleh beliau tidak membimbangkan dirinya sebagai pemungut sampah, asalkan ia adalah punca pendapatan dan rezeki yang halal. Beliau yang sekadar berkongsi rutin dan kisah sebagai pengutip sampah tidak menyangka videonya mendapat sambutan tinggi yang hampir mencecah setengah juta di TikTok. Katanya, usah memilih pekerjaan dan bekerjalah asalkan ada hasil dan ianya halal.

Kredit: TiKtok _garbageman, Mstar

[fbcomments]