Sebelum ini tular di media sosial mengenai tentang seorang remaja berkopiah berumur 13 tahun melakukan cubaan untuk menikam dan menyamun pemandu e-hailing yang merupakan warga emas berusia 65 tahun.

Terbaru, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai petani pada semalam dan didapati tidak bersalah atas perbuatannya itu.

Fakta Kes

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Buletin TV3, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 27 November lalu di tepi Jalan Taman Keladi, Sungai Petani pada jam kira-kira 6 petang. Menurut pertuduhan, tertuduh bertindak sedemikian terhadap pemandu e-hailing yang bernama Lee Ang Hie kerana dikatakan pemandu itu mengeluarkan kata-kata kasar kepadanya sehingga tertuduh rasa tidak berpuas hati dan cuba untuk menikam mangsa.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun serta denda.

Mahkamah Menetapkan Tarikh Baru

Mahkamah kemudiannya menetapkan 17 Januari 2024 untuk tarikh sebutan semula kes, serahan dokumen, serta lantikan peguam. Majistret Khairatul Animah juga menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan bagi kes ini, Timbalan Pendakwa Raya iaitu Amirul Halimi Md Salleh akan mengendalikan pendakwaan manakala peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Duratul Ain Mahmud Morshidi mewakili remaja terbabit.

Kredit: Buletin TV3

[fbcomments]