Baru-baru ini tular sebuah kejadian menyayat hati yang berlaku di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu pada 19 Mei lalu apabila seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, Han Keong, maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah Volkswagen Golf GTI dan sebuah van.
Dalam kejadian itu, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan melanggar tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) sehingga struktur tersebut tumbang dan menembusi van, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi dengan kecederaan parah pada bahagian kepala termasuk keadaan dilaporkan terpisah daripada tubuh.
@tvkelantan.official “Walaupun kepala terpisah dari badan tapi harapan saya dia boleh diselamatkan lagi” – Bapa Mendiang Video : TVK
“Saya Ingat Boleh Diselamatkan, Saya Ambil Kepala Dia Nak Pasang Balik” – Bapa Mendiang
Lebih menyayat hati, bapa mangsa, Wah Tee Tun, 49, berkongsi detik hitam yang tidak mampu dilupakan apabila dia cuba mengejutkan anaknya sejurus selepas kejadian berlaku. Dalam keadaan cemas, dia terkejut apabila mendapati bahagian kepala anaknya berada di bawah kakinya, sekali gus membuatkan dirinya tidak mampu menerima situasi yang berlaku di hadapan mata.
Menurutnya, dia pada awalnya cuba menepuk bahu anaknya sambil memanggil berulang kali dengan harapan masih ada peluang untuk diselamatkan. Namun keadaan menjadi semakin tragis apabila dia sendiri cuba mengangkat dan menyatukan semula bahagian tubuh anaknya kerana masih belum dapat menerima hakikat sebenar insiden tersebut.
“Saya tepuk bahu dia “Abang, bang, bangun Abang”…Tapi saya tengok “eh kenapa kepala dia tiada? Dengan semangat saya, saya ingat dia boleh diselamatkan…Saya angkat kepala dia, ingat nak ‘pasak'”, katanya.
@utusanmelayuplusofficial Replying to @mrulnzrin Upacara penghormatan terakhir buat mendiang Wah Han Keong, 18 tahun, di Dewan Hui Chun, Jalan Balik Bukit, Kuala Terengganu, hari ini. Video Milik China Press. #trendingnewsmalaysia #fyp #putuskepala #losong
Selepas itu, dia berusaha keluar dari kenderaan untuk mendapatkan bantuan sebelum pasukan penyelamat tiba kira-kira 30 minit kemudian di lokasi kejadian. Jenazah Han Keong kemudian dibawa ke Kuil Buddha Ariyakiri, Kampung Aril, Pauh Lima, Kelantan untuk proses kremasi, yang turut diselubungi suasana pilu ketika keluarga melihat kali terakhir arwah.
Kredit: TikTok tvkelantan.official, TikTok utusanmelayuplusofficial