Korea Selatan dikejutkan semalam apabila Presiden Yoon Suk-yeol mengumumkan undang-undang tentera dalam satu siaran langsung di televisyen.

Langkah luar jangka itu dibuat dengan alasan mengekang ancaman ‘anti-negara’ yang didakwa melibatkan Parti Demokratik, pembangkang utama negara.

Video di bawah:

https://x.com/mason_8718/status/1863972232667754640?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

https://x.com/sentdefender/status/1863979514381893973?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Presiden Korea Selatan Isytihar Undang-Undang Tentera, Namun Tarik Balik Darurat Selepas Beberapa Jam

Presiden Yoon mendakwa Parti Demokratik cuba mengganggu pentadbiran negara dengan usaha memecat pendakwa raya kanan serta menolak cadangan belanjawan kerajaan.

Tindakan mereka dikategorikan sebagai cubaan subversif yang berpotensi mencetuskan pemberontakan, meskipun tiada langkah khusus diumumkan untuk menguatkuasakan perintah darurat tersebut.

Bagaimanapun, situasi itu berubah drastik apabila undang-undang darurat tersebut ditarik balik hanya enam jam selepas diisytiharkan. Keputusan ini dibuat selepas Parlimen Korea Selatan meluluskan usul penamatan undang-undang tentera melalui undian sebulat suara pada awal pagi Rabu.

Daripada 300 ahli Parlimen, seramai 190 hadir dalam sesi khas itu, dan semuanya menyokong usul untuk membatalkan langkah darurat tersebut. Di bawah Perlembagaan Korea Selatan, undang-undang tentera mesti ditamatkan sekiranya majoriti ahli Parlimen menuntutnya.

Kabinet Korea Selatan turut meluluskan pembatalan rasmi undang-undang tersebut pada jam 4.30 pagi, kira-kira enam jam selepas ia diisytiharkan.

Ketua Turus Bersama Tentera mengesahkan semua pasukan yang dikerahkan sebelum ini telah diarahkan pulang ke pangkalan masing-masing, dan keadaan kembali normal.

Tindakan mengejut Presiden Yoon mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat dan pemerhati politik.

Walaupun beliau mendakwa langkah itu perlu untuk memastikan kestabilan negara, penarikan semula dalam masa yang singkat menunjukkan tekanan kuat daripada Parlimen dan masyarakat umum.

Kredit: Kosmo!, X

[fbcomments]