Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang murid sekolah di Medan, Indonesia didenda gurunya kerana didakwa gagal melunaskan bayaran sumbangan pendidikan.
Kejadian itu mengundang reaksi pelbagai pihak khususnya ibu kepada murid berkenaan, Kamelia, yang tampil meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan tersebut.
@topik_sumut MIRIS tak mampu bayar SPP, siswa di Kota Medan duduk di lantai. “Tanggal 6 Januari 2025 lalu, anak saya masuk sekolah. Tapi saya tidak tau kalau anak saya didudukkan di lantai kelas. Pada tanggal 7 Januari 2025, saya sudah izin kepada wali kelas, bahwa saya minta waktu sampai hari Rabu tanggal 8 Januari 2025 untuk membayar SPP,” ujar orangtua siswa. @bobbynst @prabowo @gerindra #topiksumut #viral #sumut #sumaterautara #kotamedan #murid #spp #bobbynasution #menteripendidikan #indonesia #nasional #fyp
Murid Didenda Kerana Tidak Mampu Bayar Sumbangan, Ibu Luah Rasa Terkilan
Menurut Kamelia, beliau hadir ke sekolah anaknya selepas mengetahui anaknya terpaksa duduk di lantai selama dua hari berturut-turut sebagai hukuman kerana tertunggak bayaran sumbangan pendidikan selama tiga bulan. Kamelia menyatakan bahawa situasi itu telah memalukan anaknya, yang menangis kerana diperlakukan sedemikian.
“Dia menangis kerana malu duduk di bawah. Apa perasaan cikgu anak saya menanggung malu? Saya katakan kepadanya saya belum mempunyai wang dan minta dia bersabar. Saya dulu sekolah pun jarang untuk mampu bayar tetapi tidak pernah jadi seperti ini.
“Adakah meletakkan anak saya di atas lantai itu sopan? Sedangkan cikgu lebih berpendidikan berbanding saya. Setidaknya janganlah buat anak saya seperti ini,” ujarnya dengan nada kesal.
Difahamkan, murid tersebut menjalani hukuman itu pada 6 dan 7 Januari, bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Keadaan ini mendorong Kamelia untuk mempersoalkan budi bicara pihak sekolah dan mendesak penjelasan daripada guru yang bertanggungjawab.
![]()
“Saya tidak menyalahkan cikgu, yang saya salahkan adalah cikgu menganggap anak saya seperti binatang apabila dia berada di bawah. Ini peraturan dari sekolah?,” tambahnya lagi.
Kamelia turut berkongsi bahawa beliau hampir menjual telefon bimbitnya untuk melunaskan bayaran sumbangan tersebut, namun masih menghadapi kekangan kewangan.
Kejadian ini telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, yang rata-rata mengecam tindakan mendenda murid atas alasan kewangan. Ramai yang menyeru agar pihak sekolah dan institusi pendidikan lebih peka terhadap isu kemiskinan dan mencari kaedah penyelesaian yang lebih adil dan berperikemanusiaan.
Kredit: portal Kompas.com, TikTok topik_sumut