Satu insiden melibatkan seorang jurufoto perkahwinan yang bertindak menolak pengantin lelaki ke dalam parit ketika sesi fotografi tular di TikTok baru-baru ini, mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.

Video di bawah

https://x.com/rabbaniahmad_/status/1880996328354013366

Jurufoto Tolak Pengantin Lelaki Ke Dalam Parit Cetus Kontroversi, Pihak Bridal Luah Kekecewaan

Dalam video tersebut, pasangan pengantin dilihat sedang menjalani sesi fotografi di atas jambatan kecil. Ketika pengantin lelaki sedang bergaya, jurufoto berkenaan secara mengejut menolak pengantin itu dari belakang, menyebabkan dia terjatuh ke dalam parit yang penuh dengan air keruh.

Walaupun tindakan tersebut mungkin dianggap sebagai gurauan, ia telah mengundang rasa kecewa daripada pihak bridal yang bertanggungjawab menyediakan busana perkahwinan. Menurut wakil bridal, pakaian yang disewa pengantin lelaki itu adalah pakaian baharu yang pertama kali digunakan.

Insiden tersebut menimbulkan kebimbangan kerana pakaian itu memerlukan penjagaan dan pencucian khas, manakala ia juga sudah ditempah pelanggan lain untuk majlis yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

“Busana ini adalah pakaian baharu, dan kami terkejut ia digunakan secara tidak berhati-hati. Kini, kami perlu menjahit baju baharu kerana pelanggan seterusnya memerlukannya minggu depan,” ujar wakil bridal dengan nada kesal.

Selain itu, pelanggan yang bakal menggunakan pakaian tersebut turut meluahkan rasa kecewa, bimbang busana gantian tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Menyedari kesan daripada tindakannya, jurufoto berkenaan telah memohon maaf secara terbuka kepada pihak bridal dan pasangan pengantin. Dia juga berjanji untuk menanggung sebarang kos ganti rugi serta menawarkan bantuan promosi untuk kedai bridal tersebut sebagai tanda penyesalan.

“Nanti kami bayar dekat Mamaqi (pihak bridal) lepas semua okay dan bincang. Saya minta maaf saya akan counter balik video untuk promote kedai Mamaqi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kredit: X rabbaniahmad_, TikTok mamaqiqai

[fbcomments]