Sekumpulan penduduk di Kampung Cikembar, Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia mencetuskan perhatian meluas apabila memilih untuk meninggalkan pekerjaan tradisional sebagai petani dan beralih kepada kerjaya baharu sebagai penyiar langsung (live streamer) di platform TikTok.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSrPhqNh6/
https://vt.tiktok.com/ZSrPhbDux/
Penduduk Kampung Di Sukabumi Beralih Menjadi Penyiar TikTok, Tinggalkan Kerjaya Sebagai Petani
Fenomena luar biasa ini tular selepas beberapa video yang memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita menari dalam suasana meriah semasa melakukan siaran langsung di TikTok. Rakaman tersebut menunjukkan kawasan kampung yang berubah wajah seolah-olah tapak karnival, dihiasi bunyi muzik, sorakan serta interaksi aktif bersama penonton dalam talian.
![]()
Difahamkan, kebanyakan mereka melakukan penstriman langsung untuk meraih pendapatan melalui sumbangan pengguna TikTok. Ramai antara mereka dahulunya bekerja di sawah, namun memilih untuk mencari rezeki dengan cara lebih moden, iaitu menerusi platform digital.
Langkah itu turut mengundang pelbagai reaksi. Ada yang memahami dan bersimpati dengan usaha penduduk kampung tersebut mencari rezeki, namun tidak kurang juga yang mengkritik tindakan itu yang disifatkan sebagai tidak produktif dan memalukan.
![]()
Beberapa pengguna media sosial menganggap ia sebagai satu bentuk ‘mengemis digital’ dan bimbang trend sebegini akan memberi kesan buruk terhadap generasi muda serta nilai kerja keras yang selama ini dipegang masyarakat luar bandar.
Namun dalam situasi ekonomi yang mencabar, tidak mustahil lebih ramai akan mengambil langkah sama demi mencari sumber pendapatan yang lebih mudah dan cepat. Fenomena ini juga menunjukkan bagaimana media sosial seperti TikTok kini menjadi alternatif baharu bagi mereka yang mahu keluar daripada kesempitan hidup.
Kredit: Majoriti Official