Baru-baru ini, pelakon Abby Abadi tampil bersuara mengenai tanggungjawab bekas suaminya, Norman Hakim, terhadap tiga anak mereka yang dibesarkannya sejak mereka bercerai hampir dua dekad lalu.
@ttshopbyira #abby #nafkah #tanggungjawab #fypシ゚viral #fyp #fypage #fypp #fyppppppppppppppppppppppp
Abby Abadi Dakwa Bekas Suami Tidak Tunaikan Nafkah Sejak Bercerai 17 Tahun Lalu
Menurut Abby, apa yang dibangkitkan bukanlah kerana iri hati atau mahu membuka aib sesiapa, sebaliknya ia berkait dengan tuntutan nafkah anak-anak yang didakwa masih belum diselesaikan sepenuhnya sejak 17 tahun lalu. Jelas Abby, meskipun anak-anak kini sudah meningkat dewasa dan mampu berdikari, tanggungjawab seorang bapa tidak seharusnya dipandang ringan.
“Bukan tak pernah bantu langsung, tapi perkara asas seperti tempat tinggal dan makan minum harian selama bertahun-tahun, semuanya saya yang uruskan sendiri,” katanya.
Isu itu kembali menjadi bualan selepas Abby memuat naik luahan hatinya di media sosial, menyuarakan kekecewaan apabila bekas suami yang kini hidup lebih selesa didakwa masih tidak mempedulikan keperluan anak-anak, termasuk dalam soal kebajikan jangka panjang seperti pemilikan kenderaan.
![]()
Menurutnya lagi, dia pernah memberikan pelbagai isyarat kepada Norman agar turut sama meringankan beban, namun dakwanya, semuanya dipandang sepi. Tambah Abby, dia sendiri tidak pernah meminta lebih, cuma berharap agar anak-anak turut sama dapat merasa kesenangan ayah mereka.
“Kalau mampu beli kereta sport, tak salah kalau hulurkan sikit untuk anak yang perlukan kenderaan pergi kerja. Bukan sebab nak manjakan, tapi sebab sebagai ayah, dia mampu,” luahnya.
Mengulas tuduhan netizen yang mendakwa dirinya iri dengan kehidupan mewah Norman dan isteri, Abby menafikan sekeras-kerasnya. Katanya, dia hanya mahukan keadilan untuk anak-anak, bukan kemewahan untuk dirinya.
![]()
“Saya tak pernah marah kalau mereka bercuti sana sini. Cuma anak-anak saya tak pernah pun diajak bersama. Sedangkan selama ni, semua aktiviti kami kongsi kos demi anak-anak. Tapi sekarang, lain pula ceritanya,” katanya lagi.
Walaupun ada pihak yang menganggap perkara itu sudah berlalu, Abby menegaskan bahawa tuntutan nafkah tidak sewajarnya diketepikan begitu sahaja. Katanya, dia memilih untuk bersuara sekarang kerana bimbang jika suatu hari nanti dirinya tiada, anak-anak akan terus dibiarkan tanpa hak yang sepatutnya mereka peroleh.
Kredit: Thread Abby Abadi