Kemeriahan majlis sanding sepasang pengantin baru-baru ini dikejutkan dengan insiden pelamin roboh secara tiba-tiba, mencetuskan kekecohan kecil dalam kalangan tetamu yang hadir.
![]()
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSheFC696/
Pelamin Roboh Akibat Budak Bermain, Wanita Akui Anak Tanpa Sengaja Jadi Punca
Dalam rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa tetamu bergegas membantu membetulkan struktur pelamin yang kelihatan hampir tumbang sepenuhnya.
Walaupun insiden itu mencuri perhatian ramai, keadaan masih terkawal dan tiada kecederaan dilaporkan. Pasangan pengantin pula dilihat tenang dan hanya memerhati dari jauh sambil meneruskan acara makan beradab mereka.
![]()
Tidak lama selepas video itu menjadi perbualan ramai, seorang wanita tampil memberikan penjelasan menerusi media sosial bahawa kejadian tersebut berpunca daripada anaknya sendiri yang sedang bermain bersama rakan sebaya.
Menurut wanita itu, dia tidak menyangka anaknya yang terlalu teruja telah menolak sofa di atas pelamin sehingga menyebabkan keseluruhan latar belakang turut tumbang. Ketika itu, dia berada di meja makan beradab untuk mengambil gambar pengantin dan tidak sempat menghalang tindakan anaknya.
“Aku betul-betul tak sangka… memang rasa malu sangat. Suami aku pun terus naik pelamin nak betulkan balik,” luahnya dalam satu hantaran yang turut mengundang pelbagai reaksi netizen.
![]()
Tambah wanita tersebut, walaupun kejadian itu membuatkan dia berasa bersalah dan serba salah, dia bersyukur kerana pengantin tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku. Dia turut mengakui kejadian itu menjadi satu pengajaran agar lebih berhati-hati pada masa akan datang, terutama apabila membawa anak kecil ke majlis seperti itu.
Kredit: TikTok ayeen.orl