Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjawab isu hangat membabitkan jualan beg miliknya yang didakwa menyerupai rekaan beg viral sedia ada hingga menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir pihak.

@modelistaempire

#aliffsyukri

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Aliff Syukri Nafi Tiru Rekaan Beg, Hanya Mahu Tawar Alternatif Harga Mampu Milik

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang difahamkan mahu mengambil tindakan saman terhadapnya atas dakwaan ‘meniru’ rekaan tersebut.

Menurut Aliff, sebagai usahawan, adalah tidak wajar untuk saling menjatuhkan rezeki sesama peniaga.

“Tak boleh nak cemburu dengan rezeki orang. Apabila awak menyekat rezeki orang dengan saman, tak baik lah. Bagi saya kalau berniaga kena percaya dengan kredibiliti awak dan target market.

“Asalkan orang tersebut tak ambil jenama awak dan tiru reka bentuk saya rasa okay. Saya terkilan kenapa nak saman,” katanya.

Suami kepada Datin Seri Shahida itu turut menjelaskan niat utamanya bukan untuk bersaing dengan sesiapa, sebaliknya mahu membantu mereka yang mungkin tidak mampu membeli beg berjenama mahal.

“Saya jual dengan harga mampu milik sebab pengeluaran saya besar. Saya boleh bagi harga mampu milik sebab sekali reka bentuk beg saya keluar dengan kuantiti sekitar 20 juta,” jelasnya.

Aliff menegaskan beliau menghormati semua usahawan lain tanpa mengira saiz perniagaan, dan tidak pernah berniat mencetuskan sebarang konflik.

“Saya hormat dengan semua peniaga, tidak kisah peniaga kecil atau besar. Saya punya niat apabila berniaga bukan nak berlawan dengan orang tetapi berniaga nak bantu orang yang mungkin nak beli yang mahal tapi tak mampu,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila rekaan beg yang dijual oleh Aliff dikatakan menyerupai beg popular yang pernah mencetuskan fenomena, sekali gus menimbulkan dakwaan beliau cuba meniru rekaan sedia ada.

Kredit: TikTok modelistaempire

 

 

[fbcomments]